Monday, March 7, 2011

Hadis berbekam dan fashd


Di dalam buku di atas ada di sebutkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya sebaik-baik pengubatan yang kailan gunakan adalah bekam dan Fashd" Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majad dan Ahmad.

Apa yang di maksudkan dengan Fashd? Fashd adalah suatu teknik perubatan dengan cara memotong salur darah dan membiarkan pengaliran darah pada kadar tertentu, tidak menyebabkan rasa sakit kepada tubuh.

Berdasarkan kepada hadis ini, Dr Nasir berpendapat terapi ozon ini adalah satu cara yang kita dapat mengalirkan darah keluar dari badan kita. Di samping itu, darah kita juga di tapis dan di masukkan Ozon (O3) ke dalam darah kita.

Cuci darah

Penulis pun nak cuba

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba rawatan Ozone ini. Mula-mula memanglah takut sikit. Sebenarnya tak sakit pun. Yang sakit sikit cuma bila doktor cucuk ubat bius. Itu pun rasa macam semut gigit saja. Prosesnya ambil masa cuma 1 jam. Darah yang di cuci cuma 1,800ml daripada jumlah keseluruhan darah kita 6,000ml.

Atas : Darah sebelum cuci
Bawah: Darah selepas cuci

Gambar di atas menunjukkan perbezaan dari segi warna darah saya sebelum dan selepas proses ozone. memang agak ketara bezanya. Darah sebelum warnanya agak gelap dan pekat. Manakala darah selepas berwarna lebih cerah dan kurang pekat.

Ini pula sisa toksin darah

Alhamdulillah, Doktor Nasir kata darah saya pada kali ini tidak terlalu kotor. Jadi cecair itu warnanya hampir jernih. 

Apa yang ingin saya kongsi ialah perbezaan yang saya rasa selepas rawatan Ozone ini. Badan saya tersa lebih ringan apabila bangun tidur sehari selepas itu. Stamina pun terasa lebih bagus. Bila bermain badminton kurang rasa letih. Malah settiap kali lepas bangun tidur badan lebih segar. Dan kurang rasa mengantuk. Alhamdulillah. Kata Dr Nasir lagi, beliau terjumpa hadis Rasulullah yang mengatakan antara cara untuk jadi sihat ialah mengeluarkan sebahagian dari darah kita. Saya belum jumpa lagi hadis tersebut. Jika jumpa nanti saya akan updatekan di sini.


Petikan kata-kata Dr Nasir dari fb beliau:


Beza dengan cuci buah pinggang.
"Cuci darah untuk buah pinggang dengan cuci darah (terapi ozon) berbeza. cuci darah = terapi ozon ini untuk memelihara kesihatan kita dan pada yang sakit, membantu proses penyembuhan penyakit. Pada cuci buah pinggang, mesti buat, kalau tak, bahaya untuk si pesakit. Cuci darah=terapi ozon tak mesti buat. sama macam kenderaan. tak tukar minyak hitam pun takpe. Tapi,berapa lama boleh bertahan????"


Kekerapan:
"Tengok keadaan kesihatan seseorang. Makin sakit dia makin kerap buat utk tahap awal. tahap pertama 1mgg sekali untuk 3 kali. kmdn 2 mgg -4 mgg 1x sebyk 3 kali. dan 1-3 bln sekali sehingga 10x.kmdn maintain 3-6 bulan sekali."


Bayaran:
Biasanya RM 850, sekarang harga promosi RM500 untuk satu sesi.


Alamat:
Suite 3-7, 3rd.Floor, Sunsuria Avenue, Persiaran Mahogani. Kota Damansara, Selangor.