TERAPI OZON - HARAPAN DAN HALANGAN
|
|
Banyak penilaian terhadap terapi ozon yang tidak rasional
oleh para saintis, doktor apatah lagi orang awam yang masih berpegang pada
dogma yang beranggapan "ozon adalah toksik (oksidan) dan tidak sepatutnya digunakan
dalam bidang perubatan ".
Anggapan dan ketidaktahuan atas keegoan
ini yang tentunya mempunyai maksud dan kepentingan sendiri, membuatkan terapi
ozon menemui jalan yang berliku-liku.
Penemuan-penemuan yang nyata
pada pesakit dan penyelidikan lanjutan diperlukan sebelum menterbalikkan
percanggahan pendapat untuk dibincangkan secara saintifik. Tidak ada rasa untuk merasa bahawa hanya
sesetengah pihak saja yang bijak dan benar.
Ozon sepertimana oksigen, mempunyai
molekul asas yang dapat mengaktifkan beberapa proses penting. Ozon yang
digunakan mesti mempunyai dos, sama seperti ubat-ubatan. Dos yang sesuai menjadi penawar
sedangkan dos berlebihan menjadi racun (toksik), begitu juga dengan ozon;
mempunyai dos tertentu untuk diberikan sebagai terapi. Dos tertentu dapat dihasilkan oleh
generator ozon.
Pengalaman saya di Malaysia
dalam percubaan untuk berbincang dengan penguasa, pengamal perubatan dan
pengkritik, saya tidak akan meneruskan perbincangan kepada mereka yang merasa
tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.
Contoh, berkata bahawa ozon adalah oksidator yang paling kuat. Ketidaktahuan mengenai ozon tetapi merasa
dirinya benar, lebih baik tidak diteruskan pembahasan tersebut.
Harapan saya, untuk
membetulkan keadaan ini , perlu dipastikan mengenai kebaikan dan keburukan terapi
ozon secara saintifik bukan hanya testimoni. Dalam tempoh 11 tahun yang lalu,
pengalaman peribadi telah meyakinkan saya bahawa penggunaan ozon yang benar dan
bijak boleh menjadi sangat berguna dalam beberapa masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit
kronik.
Pada awalnya seperti
rakan-rakan lain dalam dunia perubatan yang dididik secara barat, tidak
mempercayai bahawa terapi ozon juga dapat memberi manfaat kepada insan. Dalam sumpah doktor, antara lain;” Dalam menunaikan kewajiban terhadap pesakit, saya akan berikhtiar dengan
sungguh-sungguh supaya saya tidak terpengaruh oleh pertimbangan keagamaan,
kebangsaan, kesukuan, politik kepartian, atau kedudukan sosial’.
Saya merasakan saya seorang yang bertuah kerana dapat menggunakan terapi ozon dalam salah satu cara rawatan. Walaupun banyak kontroversi, saya percaya suatu hari ozon akan menjadi salah satu cara rawatan di dunia ini.