Sunday, November 25, 2012


TERAPI OZON - HARAPAN DAN HALANGAN

Banyak penilaian terhadap terapi ozon yang tidak rasional oleh para saintis, doktor apatah lagi orang awam yang masih berpegang pada dogma yang beranggapan "ozon adalah toksik (oksidan) dan tidak sepatutnya digunakan dalam bidang perubatan ".  Anggapan dan ketidaktahuan atas keegoan ini yang tentunya mempunyai maksud dan kepentingan sendiri, membuatkan terapi ozon menemui jalan yang berliku-liku. 
Penemuan-penemuan yang nyata pada pesakit dan penyelidikan lanjutan diperlukan sebelum menterbalikkan percanggahan pendapat untuk dibincangkan secara saintifik.  Tidak ada rasa untuk merasa bahawa hanya sesetengah pihak saja yang bijak dan benar.

Ozon sepertimana oksigen, mempunyai molekul asas yang dapat mengaktifkan beberapa proses penting. Ozon yang digunakan mesti mempunyai dos, sama seperti ubat-ubatan.  Dos yang sesuai menjadi penawar sedangkan dos berlebihan menjadi racun (toksik), begitu juga dengan ozon; mempunyai dos tertentu untuk diberikan sebagai terapi.  Dos tertentu dapat dihasilkan oleh generator ozon.

Pengalaman saya di Malaysia dalam percubaan untuk berbincang dengan penguasa, pengamal perubatan dan pengkritik, saya tidak akan meneruskan perbincangan kepada mereka yang merasa tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.  Contoh, berkata bahawa ozon adalah oksidator yang paling kuat.  Ketidaktahuan mengenai ozon tetapi merasa dirinya benar, lebih baik tidak diteruskan pembahasan tersebut.

Harapan saya, untuk membetulkan keadaan ini , perlu dipastikan mengenai kebaikan dan keburukan terapi ozon secara saintifik bukan hanya testimoni. Dalam tempoh 11 tahun yang lalu, pengalaman peribadi telah meyakinkan saya bahawa penggunaan ozon yang benar dan bijak boleh menjadi sangat berguna dalam beberapa masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit kronik.

Pada awalnya seperti rakan-rakan lain dalam dunia perubatan yang dididik secara barat, tidak mempercayai bahawa terapi ozon juga dapat memberi manfaat kepada insan.  Dalam sumpah doktor, antara lain;” Dalam menunaikan kewajiban terhadap pesakit, saya akan berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya saya tidak terpengaruh oleh pertimbangan keagamaan, kebangsaan, kesukuan, politik kepartian, atau kedudukan sosial’.

           Saya merasakan saya seorang yang bertuah kerana dapat menggunakan terapi ozon dalam salah satu cara rawatan.  Walaupun banyak kontroversi, saya percaya suatu hari ozon akan menjadi salah satu cara rawatan di dunia ini.

Friday, January 6, 2012

Benarkah Terapi Ozon Tiada Bukti Ilmiah

Terapi Ozon bukan suatu kaedah baharu dalam bidang kesihatan. Ianya telah lama diguna dan diterima pakai di banyak Negara. Pelbagai aplikasi penggunaan terapi ozon pada manusia. Saya mendefinisikan terapi ozon sebagai penggunaan udara ozon medical dengan dos tertentu yang diberikan secara langsung ke manusia.

Udara ozon yang digunakan, bukannya sama seperti yang ada di atmosfera tetapi merupakan campuran ozon dan oksigen sehingga dinamakan dengan Ozon Medikal. Ozon Medikal yang digunakan mempunyai dos dari 1-100ug/ml. Sama seperti penggunaan ubat yang mempunyai kadar dos tertentu untuk diberikan pada manusia. Apabila berlebihan dos yang diberikan, tidak kira apakah ubat atau terapi ozon, pasti mendatangkan kesan yang tidak baik.

Dalam dunia perubatan moden, sesuatu rawatan yang diterima pakai oleh Pengamal dan Penguasa adalah bukti ilmiah yang telah dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Bukan hanya dengan kata-kata beberapa orang (testimoni) yang kadang mempunyai kepentingan peribadi.

Sesuatu yang dunia perubatan moden perlu akui bahawa, bukan semua kajian yang dilakukan adalah sempurna. Kajian yang dilakukan juga ada pelbagai kelemahan dan keuntungan yang diinginkan.

Terapi Ozon juga mempunyai bukti Ilmiah, sama seperti perubatan moden. Dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Ada yang mengatakan tidak ada kajian ilmiah…Benarkah kenyataan tersebut???

Dunia semakin canggih. Hanya buat pencarian di INTERNET, pasti ditemukan. Apalagi pada mereka yang berpengetahuan dan berpendidikan. Cuma nak tahu atau tidak atau buat-buat tak tahu. Jangan membuat komentar, hanya berdasarkan TAHU Tapi Tak Tahu apa yang dia Tahu.

Terapi Ozon juga tidak lari dari orang yang punya kepentingan sendiri. Memberi terapi seolah-olah dapat menyembuhkan penyakit. Lupa diri dan ingin mengaut keuntungan segera. Emosi pesakit, kadang di manipulasi. Kadang wang diutamakan. Kesucian terapi digadaikan sehingga terapi ozon dipertikaikan.

Kesukaran penerimaan terapi ozon bukan disebabkan oleh tiada bukti, tetapi kadang akibat terapis yang tidak bertanggungjawab. Ada yang merasa dirinya BETUL dan orang lain tidak betul.

Sebagai Manusia, jangan lupa bahawa MAHA PENYEMBUH itu bukan kita. Pesakit akan berusaha untuk berikhtiar dengan apa cara pun untuk mencapai kesembuhan. Sebagai PENGAMAL Perubatan dengan cara apapun, jangan mengambil kesempatan atas penderitaan pesakit. INGAT! JANGAN BAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG.

dokter.ozon@gmail.com