Monday, May 23, 2011

Perlukah Cuci Darah

Allah telah mencipta manusia dengan sistem yang sangat hebat. Darah kita telah dijadikan dengan sebaik-baiknya. Apakah pembersihan dan penciptaan darah setiap 120 hari, akan berjalan dengan baik?

Gaya hidup sihat yang kadang sukar dilakukan membuatkan cuci darah menjadi amalan yang baik untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Kekerapan yang dilakukan tergantung pada proses tanya-jawab(konsultansi) dan pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan darah.

Cuci Darah dianjurkan kepada:
  1. Sihat tapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
  2. Sihat tapi kadang-kadang sahaja mengamalkan gaya hidup sihat.
  3. Tidak sihat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
  4. Sakit, terutama pada penyakit kronik
Proses Cuci Darah dapat membantu proses penyembuhan penyakit. Terapi ini menjadi lebih bermakna jika sama-sama berusaha untuk menjadi sihat. Jangan sesekali meninggalkan ubat yang dimakan tanpa mendengar nasihat dari DOKTOR anda.

Tuesday, May 17, 2011

Kes Kerosakan Buah Pinggang


Pada bulan Mac 2011, saya didatangi oleh klien yang menceritakan masalah kesihatan beliau (En.M). En.M berumur 63 tahun, mengalami kencing manis sejak 15 tahun lalu. Makan ubat kencing manis satu jenis (Daonil). Sedang bercerita, saya terasa bau UREA. Ini mencurigakan saya akan keadaan En.M. Apakah sudah ada komplikasi pada buah pinggangnya, akibat dari kencing manis?


Saya menangguhkan proses terapi ozon (cuci darah). Darah En.M diambil untuk dibuat pemeriksaan di salah satu Laboratorium yang terkenal di Malaysia. Selang 3 hari, sangkaan saya betul. 1/3 daripada fungsi buahpinggangnya sudah mengalami penurunan kerja. Ini akibat daripada kadar gulanya yang tinggi 24.4 mmol/L dan HBA1c yang tidak terkawal 12.8%. Lebih teruk lagi keadaan CEA dan CA19.9. yang tinggi, yang tentunya menunjukkan keadaan pankreas yang menghasilkan insulin ikut terkena. Turut membimbangkan, keadaan kolesterolnya yang tinggi. Berdasarkan keputusan darah ini, En.M bukannya hanya menghadapi masalah buahpinggang, malah organ pankreas dan jantung ikut serta sekali.


En.M dan isterinya merasa begitu sedih dengan keadaan yang dialami ini. Apakah buahpinggangnya akan dapat diselamatkan?? Apakah pankreas boleh diselamatkan?? Apa akan terjadi pada jantung?? Apakah....apakah??


Nasihat saya pada En.M.:
  1. IKHTIAR ; Ikhtiar En.M,baiki GAYA HIDUP SIHAT (5 perkara), terutama pemakanan. Ikhtiar Dr Ozon , Nasihat Gaya Hidup, Patuh pada ubat DOKTOR, Cuci Darah secara teratur.
  2. YAKIN ; yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Allah sedang menguji En.M. Hebat apa pun rawatan, hebat apapun ilmu manusia....Tiada siapa pun dapat mengalahkan KehendakNYA. Saling melengkapi adalah perlu dalam pengobatan.
  3. DOA; Mohonlah agar apa yang sedang diusahakan ini akan memperoleh Rahmat dan BarakohNya.
  4. Tawakkal; InsyaAllah dengan Ikhtiar, Yakin dan Doa; pasti ada jalan keluarnya.
Alhamdulillah, pada 14 Mei; selepas menjalani rawatan keadaan En.M menjadi lebih baik; berdasarkan keadaan beliau sendiri dan :
  • Buahpinggang membaik dimana; Nilai Urea dan Kreatinin menjadi Normal, GFR berfungsi Normal
  • Kolesterol menurun tetapi belum capai nilai normal
  • Nilai fungsi pankreas menjadi normal
  • Glukos menurun normal;awal 24.4 menjadi 4.4 mmol/L
  • HbA1c; awal 12% menjadi 7.9%.
Berdasarkan ini, pada dunia perubatan barat adalah kes terpencil dan tidak boleh dipercaya.... Bagi saya biarlah mereka dengan ke 'ego'an dengan pengetahuan yang cetek tapi sombong. Kadang lupa, kenapa jadi Doktor????? Bagi saya, jadi doktor umpama KULI, HAMBA, AGEN ALLAH sahaja. Kita sebagai orang tengah sahaja. INGATTT! ALLAH yang menyembuhkan, BUKAN DOKTOR ATAU THERAPIS.


Semoga apa yang diusahakan, dalam bidang apa pun kita, akan memberi dampak yang baik, atas RAHMAT DAN BAROKAHNYA.

Saturday, May 14, 2011

Pentingnya Terapi Ozon Kaedah Cuci Darah



Selama ini, kita hanya mendengar Cuci Darah untuk orang yang mengalami kerosakan buah pinggang. Alangkah baiknya jika kita dapat mengelak buah pinggang daripada rosak.


Cara yang terbaik mengelak buah pinggang rosak adalah dengan mengamalkan Gaya Hidup Sihat; makanan sihat dan seimbang, bersukan, tidak merokok, tidak minum alkohol, kurangkan stress berlebihan dan rihat yang mencukupi.


Makanan tidak sihat dan tidak seimbang merupakan salah satu penyumbang kerosakan buah pinggang.
  • Sumber Karbohidrat (Nasi, Mee, Bihun, Roti, Kuih) berlebihan akan jadi KENCING MANIS
  • Sumber Protein (Daging, Jantung, Hati, Paru, Limpa, kerang, bilis,sardin kekacang) berlebihan akan jadi GOUT.
  • Sumber Lemak (Udang, Ketam, santan, telur, makanan segera)) berlebihan akan jadi Kolesterol.
Makanan ini baik untuk kita, cuma kita sahaja yang tidak dapat melayan keinginan kita dengan memakannya secara berlebihan.


Kencing manis, Gout dan Kolesterol berada dalam darah kita. Darah dibawa ke mana-mana organ dalam badan manusia. Allah telah menjadikan Darah manusia dengan sebaik-baiknya, di mana setiap 120 hari darah kotor kita akan dibersihkan lalu di ganti dengan pembentukan sel darah baru. Cuma kita sahaja yang tidak mensyukuri nikmat yang di beri dengan makanan yang sedap-sedap sehingga lupa diri. Pantang tengok....
Belum lagi dengan pencemaran udara yang menambah beban kekotoran dalam darah kita.


Akibatnya, masih ada darah kita yang tidak habis dibersihkan. Setahun, 2, 3,4, 5 tahun..... mungkin dapat bertahan sistem badan kita. Apa jadi kalau berlebihan terus. Mampukah jantung, buahpinggang, hati kita bertahan???


Kalau kereta, senanglah. Tukar saja minyak hitam. Teruk lagi, tukar enjin. Teruk jugak... tukar kereta lah. Bolehkah manusia macam ini juga?