Saturday, May 14, 2011

Pentingnya Terapi Ozon Kaedah Cuci Darah



Selama ini, kita hanya mendengar Cuci Darah untuk orang yang mengalami kerosakan buah pinggang. Alangkah baiknya jika kita dapat mengelak buah pinggang daripada rosak.


Cara yang terbaik mengelak buah pinggang rosak adalah dengan mengamalkan Gaya Hidup Sihat; makanan sihat dan seimbang, bersukan, tidak merokok, tidak minum alkohol, kurangkan stress berlebihan dan rihat yang mencukupi.


Makanan tidak sihat dan tidak seimbang merupakan salah satu penyumbang kerosakan buah pinggang.
  • Sumber Karbohidrat (Nasi, Mee, Bihun, Roti, Kuih) berlebihan akan jadi KENCING MANIS
  • Sumber Protein (Daging, Jantung, Hati, Paru, Limpa, kerang, bilis,sardin kekacang) berlebihan akan jadi GOUT.
  • Sumber Lemak (Udang, Ketam, santan, telur, makanan segera)) berlebihan akan jadi Kolesterol.
Makanan ini baik untuk kita, cuma kita sahaja yang tidak dapat melayan keinginan kita dengan memakannya secara berlebihan.


Kencing manis, Gout dan Kolesterol berada dalam darah kita. Darah dibawa ke mana-mana organ dalam badan manusia. Allah telah menjadikan Darah manusia dengan sebaik-baiknya, di mana setiap 120 hari darah kotor kita akan dibersihkan lalu di ganti dengan pembentukan sel darah baru. Cuma kita sahaja yang tidak mensyukuri nikmat yang di beri dengan makanan yang sedap-sedap sehingga lupa diri. Pantang tengok....
Belum lagi dengan pencemaran udara yang menambah beban kekotoran dalam darah kita.


Akibatnya, masih ada darah kita yang tidak habis dibersihkan. Setahun, 2, 3,4, 5 tahun..... mungkin dapat bertahan sistem badan kita. Apa jadi kalau berlebihan terus. Mampukah jantung, buahpinggang, hati kita bertahan???


Kalau kereta, senanglah. Tukar saja minyak hitam. Teruk lagi, tukar enjin. Teruk jugak... tukar kereta lah. Bolehkah manusia macam ini juga?

No comments:

Post a Comment