Sunday, November 25, 2012


TERAPI OZON - HARAPAN DAN HALANGAN

Banyak penilaian terhadap terapi ozon yang tidak rasional oleh para saintis, doktor apatah lagi orang awam yang masih berpegang pada dogma yang beranggapan "ozon adalah toksik (oksidan) dan tidak sepatutnya digunakan dalam bidang perubatan ".  Anggapan dan ketidaktahuan atas keegoan ini yang tentunya mempunyai maksud dan kepentingan sendiri, membuatkan terapi ozon menemui jalan yang berliku-liku. 
Penemuan-penemuan yang nyata pada pesakit dan penyelidikan lanjutan diperlukan sebelum menterbalikkan percanggahan pendapat untuk dibincangkan secara saintifik.  Tidak ada rasa untuk merasa bahawa hanya sesetengah pihak saja yang bijak dan benar.

Ozon sepertimana oksigen, mempunyai molekul asas yang dapat mengaktifkan beberapa proses penting. Ozon yang digunakan mesti mempunyai dos, sama seperti ubat-ubatan.  Dos yang sesuai menjadi penawar sedangkan dos berlebihan menjadi racun (toksik), begitu juga dengan ozon; mempunyai dos tertentu untuk diberikan sebagai terapi.  Dos tertentu dapat dihasilkan oleh generator ozon.

Pengalaman saya di Malaysia dalam percubaan untuk berbincang dengan penguasa, pengamal perubatan dan pengkritik, saya tidak akan meneruskan perbincangan kepada mereka yang merasa tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.  Contoh, berkata bahawa ozon adalah oksidator yang paling kuat.  Ketidaktahuan mengenai ozon tetapi merasa dirinya benar, lebih baik tidak diteruskan pembahasan tersebut.

Harapan saya, untuk membetulkan keadaan ini , perlu dipastikan mengenai kebaikan dan keburukan terapi ozon secara saintifik bukan hanya testimoni. Dalam tempoh 11 tahun yang lalu, pengalaman peribadi telah meyakinkan saya bahawa penggunaan ozon yang benar dan bijak boleh menjadi sangat berguna dalam beberapa masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit kronik.

Pada awalnya seperti rakan-rakan lain dalam dunia perubatan yang dididik secara barat, tidak mempercayai bahawa terapi ozon juga dapat memberi manfaat kepada insan.  Dalam sumpah doktor, antara lain;” Dalam menunaikan kewajiban terhadap pesakit, saya akan berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya saya tidak terpengaruh oleh pertimbangan keagamaan, kebangsaan, kesukuan, politik kepartian, atau kedudukan sosial’.

           Saya merasakan saya seorang yang bertuah kerana dapat menggunakan terapi ozon dalam salah satu cara rawatan.  Walaupun banyak kontroversi, saya percaya suatu hari ozon akan menjadi salah satu cara rawatan di dunia ini.