Concentration
O3, mcg\L
|
Concentration Range
|
1
- 100
|
Extremely low
|
101
- 400
|
Low
|
401
- 2000
|
Medium
|
2001
- 10000
|
High
|
>
10000
|
Extremely high
|
Tuesday, January 1, 2013
Sunday, November 25, 2012
|
|
|
Saya merasakan saya seorang yang bertuah kerana dapat menggunakan terapi ozon dalam salah satu cara rawatan. Walaupun banyak kontroversi, saya percaya suatu hari ozon akan menjadi salah satu cara rawatan di dunia ini.
Friday, January 6, 2012
Benarkah Terapi Ozon Tiada Bukti Ilmiah
Terapi Ozon bukan suatu kaedah baharu dalam bidang kesihatan. Ianya telah lama diguna dan diterima pakai di banyak Negara. Pelbagai aplikasi penggunaan terapi ozon pada manusia. Saya mendefinisikan terapi ozon sebagai penggunaan udara ozon medical dengan dos tertentu yang diberikan secara langsung ke manusia.
Udara ozon yang digunakan, bukannya sama seperti yang ada di atmosfera tetapi merupakan campuran ozon dan oksigen sehingga dinamakan dengan Ozon Medikal. Ozon Medikal yang digunakan mempunyai dos dari 1-100ug/ml. Sama seperti penggunaan ubat yang mempunyai kadar dos tertentu untuk diberikan pada manusia. Apabila berlebihan dos yang diberikan, tidak kira apakah ubat atau terapi ozon, pasti mendatangkan kesan yang tidak baik.
Dalam dunia perubatan moden, sesuatu rawatan yang diterima pakai oleh Pengamal dan Penguasa adalah bukti ilmiah yang telah dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Bukan hanya dengan kata-kata beberapa orang (testimoni) yang kadang mempunyai kepentingan peribadi.
Sesuatu yang dunia perubatan moden perlu akui bahawa, bukan semua kajian yang dilakukan adalah sempurna. Kajian yang dilakukan juga ada pelbagai kelemahan dan keuntungan yang diinginkan.
Terapi Ozon juga mempunyai bukti Ilmiah, sama seperti perubatan moden. Dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Ada yang mengatakan tidak ada kajian ilmiah…Benarkah kenyataan tersebut???
Dunia semakin canggih. Hanya buat pencarian di INTERNET, pasti ditemukan. Apalagi pada mereka yang berpengetahuan dan berpendidikan. Cuma nak tahu atau tidak atau buat-buat tak tahu. Jangan membuat komentar, hanya berdasarkan TAHU Tapi Tak Tahu apa yang dia Tahu.
Terapi Ozon juga tidak lari dari orang yang punya kepentingan sendiri. Memberi terapi seolah-olah dapat menyembuhkan penyakit. Lupa diri dan ingin mengaut keuntungan segera. Emosi pesakit, kadang di manipulasi. Kadang wang diutamakan. Kesucian terapi digadaikan sehingga terapi ozon dipertikaikan.
Kesukaran penerimaan terapi ozon bukan disebabkan oleh tiada bukti, tetapi kadang akibat terapis yang tidak bertanggungjawab. Ada yang merasa dirinya BETUL dan orang lain tidak betul.
Sebagai Manusia, jangan lupa bahawa MAHA PENYEMBUH itu bukan kita. Pesakit akan berusaha untuk berikhtiar dengan apa cara pun untuk mencapai kesembuhan. Sebagai PENGAMAL Perubatan dengan cara apapun, jangan mengambil kesempatan atas penderitaan pesakit. INGAT! JANGAN BAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG.
dokter.ozon@gmail.com
Thursday, September 22, 2011
Cerita Sama....
Pakcik Y: Saya ada kencing manis.
Dr.Ozon : Dah lama?
Pakcik Y: Dah... lebih 10 tahun dah.. skrg ni kena ambik suntikan insulin (18-20 unit 3x sehari)
Dr.Ozon : Apa yang Pakcik rasa selama ni?
Pakcik Y: Mudah kebas, mata kadang kelabu, kadang kalau memandu seperti hilang arah dan
tak tahu di mana... kencing kadang sedikit...
Dr.Ozon : (tercium bau urea).. Dah lama ke macam ni?
Pakcik Y: Sejak tahun lepas...
Dr.Ozon : Doktor di hospital kata apa? (sambil membelek lembaran keputusan darah dari
hospital; sedih melihat keputusan darah Pakcik Y).
Pakcik Y: Doktor kata kena buat cuci buah pinggang... tapi.....................
Dr.Ozon : Kenapa tak buat?
Pakcik Y: Saya tanya doktor, apakah tak ada jalan lain??? Doktor tu kata tak ada, mesti buat....
Bila saya tanya lagi...doktor marah dan langsung rujuk pada pakar buah pinggang
sambil menulis, mengatakan saya menolak untuk cuci buah pinggang.
Dr.Ozon : Lepas tu...?
Apakah terapi ozon kaedah cuci darah ini dapat membantu?
Masih ada harapankah Pakcik Y?
Siapa yang dapat memberi harapan pada Pakcik Y?
Tiada jalan lain kah selain cuci buah pinggang?
Kenapa boleh jadi sampai ke tahap ini?
Doktor tak bagi nasihat kah selama Pakcik Y ke Hospital?
Pakcik Y kah yang tak dengar nasihat?
Tak boleh kah DOKTOR cuba mencegah komplikasi sehingga orang kena cuci buah pinggang?
Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda Dr Ozon.....
Cerita yang sama dan akan berulang-ulang....
Adakah jalan untuk cerita sama tidak Berulang???????
Monday, May 23, 2011
Perlukah Cuci Darah
Gaya hidup sihat yang kadang sukar dilakukan membuatkan cuci darah menjadi amalan yang baik untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Kekerapan yang dilakukan tergantung pada proses tanya-jawab(konsultansi) dan pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan darah.
Cuci Darah dianjurkan kepada:
- Sihat tapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Sihat tapi kadang-kadang sahaja mengamalkan gaya hidup sihat.
- Tidak sihat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Sakit, terutama pada penyakit kronik
Tuesday, May 17, 2011
Kes Kerosakan Buah Pinggang
Pada bulan Mac 2011, saya didatangi oleh klien yang menceritakan masalah kesihatan beliau (En.M). En.M berumur 63 tahun, mengalami kencing manis sejak 15 tahun lalu. Makan ubat kencing manis satu jenis (Daonil). Sedang bercerita, saya terasa bau UREA. Ini mencurigakan saya akan keadaan En.M. Apakah sudah ada komplikasi pada buah pinggangnya, akibat dari kencing manis?
Saya menangguhkan proses terapi ozon (cuci darah). Darah En.M diambil untuk dibuat pemeriksaan di salah satu Laboratorium yang terkenal di Malaysia. Selang 3 hari, sangkaan saya betul. 1/3 daripada fungsi buahpinggangnya sudah mengalami penurunan kerja. Ini akibat daripada kadar gulanya yang tinggi 24.4 mmol/L dan HBA1c yang tidak terkawal 12.8%. Lebih teruk lagi keadaan CEA dan CA19.9. yang tinggi, yang tentunya menunjukkan keadaan pankreas yang menghasilkan insulin ikut terkena. Turut membimbangkan, keadaan kolesterolnya yang tinggi. Berdasarkan keputusan darah ini, En.M bukannya hanya menghadapi masalah buahpinggang, malah organ pankreas dan jantung ikut serta sekali.
En.M dan isterinya merasa begitu sedih dengan keadaan yang dialami ini. Apakah buahpinggangnya akan dapat diselamatkan?? Apakah pankreas boleh diselamatkan?? Apa akan terjadi pada jantung?? Apakah....apakah??
Nasihat saya pada En.M.:
- IKHTIAR ; Ikhtiar En.M,baiki GAYA HIDUP SIHAT (5 perkara), terutama pemakanan. Ikhtiar Dr Ozon , Nasihat Gaya Hidup, Patuh pada ubat DOKTOR, Cuci Darah secara teratur.
- YAKIN ; yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Allah sedang menguji En.M. Hebat apa pun rawatan, hebat apapun ilmu manusia....Tiada siapa pun dapat mengalahkan KehendakNYA. Saling melengkapi adalah perlu dalam pengobatan.
- DOA; Mohonlah agar apa yang sedang diusahakan ini akan memperoleh Rahmat dan BarakohNya.
- Tawakkal; InsyaAllah dengan Ikhtiar, Yakin dan Doa; pasti ada jalan keluarnya.
- Buahpinggang membaik dimana; Nilai Urea dan Kreatinin menjadi Normal, GFR berfungsi Normal
- Kolesterol menurun tetapi belum capai nilai normal
- Nilai fungsi pankreas menjadi normal
- Glukos menurun normal;awal 24.4 menjadi 4.4 mmol/L
- HbA1c; awal 12% menjadi 7.9%.
Semoga apa yang diusahakan, dalam bidang apa pun kita, akan memberi dampak yang baik, atas RAHMAT DAN BAROKAHNYA.
Saturday, May 14, 2011
Pentingnya Terapi Ozon Kaedah Cuci Darah
Selama ini, kita hanya mendengar Cuci Darah untuk orang yang mengalami kerosakan buah pinggang. Alangkah baiknya jika kita dapat mengelak buah pinggang daripada rosak.
Cara yang terbaik mengelak buah pinggang rosak adalah dengan mengamalkan Gaya Hidup Sihat; makanan sihat dan seimbang, bersukan, tidak merokok, tidak minum alkohol, kurangkan stress berlebihan dan rihat yang mencukupi.
Makanan tidak sihat dan tidak seimbang merupakan salah satu penyumbang kerosakan buah pinggang.
- Sumber Karbohidrat (Nasi, Mee, Bihun, Roti, Kuih) berlebihan akan jadi KENCING MANIS
- Sumber Protein (Daging, Jantung, Hati, Paru, Limpa, kerang, bilis,sardin kekacang) berlebihan akan jadi GOUT.
- Sumber Lemak (Udang, Ketam, santan, telur, makanan segera)) berlebihan akan jadi Kolesterol.
Kencing manis, Gout dan Kolesterol berada dalam darah kita. Darah dibawa ke mana-mana organ dalam badan manusia. Allah telah menjadikan Darah manusia dengan sebaik-baiknya, di mana setiap 120 hari darah kotor kita akan dibersihkan lalu di ganti dengan pembentukan sel darah baru. Cuma kita sahaja yang tidak mensyukuri nikmat yang di beri dengan makanan yang sedap-sedap sehingga lupa diri. Pantang tengok....
Belum lagi dengan pencemaran udara yang menambah beban kekotoran dalam darah kita.
Akibatnya, masih ada darah kita yang tidak habis dibersihkan. Setahun, 2, 3,4, 5 tahun..... mungkin dapat bertahan sistem badan kita. Apa jadi kalau berlebihan terus. Mampukah jantung, buahpinggang, hati kita bertahan???
Kalau kereta, senanglah. Tukar saja minyak hitam. Teruk lagi, tukar enjin. Teruk jugak... tukar kereta lah. Bolehkah manusia macam ini juga?

